Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kapal dirampas dan kru bukan milik Malaysia

Kapal dirampas dan kru bukan milik Malaysia

MALAYSIADATELINEJanuary 2, 2020 12:53 pm




Kapal tangki yang ditahan dan dirampas Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) kerana disyaki menyeludup minyak disahkan bukan milik Malaysia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pejabat Kedutaan Malaysia di Tehran dan Kementerian Luar Iran turut mengesahkan 16 kru kapal yang ditahan juga bukan rakyat negara ini.

Menurutnya, Wisma Putra sudah menghubungi Kedutaan Malaysia di Iran dan Kementerian Luar Iran bagi mengesahkan perkara itu.

“Kapal dan kru dari negara mana, biarlah pihak sana yang dedahkan,” katanya pada sidang akhbat selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan Rakyat di Chendor yang terbengkalai  seperti dipetik Sinarharian hari ini.

Saifuddin berkata, pengesahan itu bukan sahaja melegakan kerajaan malah rakyat di negara ini yang menanti untuk mengetahui nasib kru kapal yang sebelum ini dikatakan warga Malaysia.

Kapal berkenaan sebelum ini ditahan di kawasan 15 batu nautika dari Abu Musa, salah satu daripada tiga kepulauan di Teluk Arab yang berada di bawah kawalan Teheran.

Berdasarkan laman web stesen TV, IRIB yang sebelum ini melaporkan rampasan itu melibatkan sebanyak 1.3 juta liter minyak dari sebuah kapal yang tidak dinamakan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production