Kapal, krew baru tangani penyamun, pengkhianat

Kapal, krew baru tangani penyamun, pengkhianat

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan Perikatan Nasional (PN) ibarat kapal dengan sampan, kata pimpinan AMANAH Jamzuri Ardani.

Bekas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor itu berpendapat kedua-dua blok politik itu mempunyai golongan yang mengkhianati perjuangan parti masing-masing.

“Bandingan kerajaan PH dengan PN ialah ibarat kapal dengan sampan.

Kapal yang dulunya berlayar dengan baik telah disabotaj dan ditebuk oleh mereka yang tamak dan dengki,” katanya dipetik dari catatan di Facebook beliau.

Tanpa menyebutkan nama mana-mana pihak, Jamzuri menyifatkan semua orang terpaksa menaiki sampai apabila kapal karam.

Bagaimanapun, mereka cuma menjaga kepentingan kumpulan masing-masing dengan diketuai pengkhianat.

“Sekarang kapal itu sudah tenggelam. Semua orang terpaksa naik sampan. Kalau datang gelombang besar atau ribut yang ganas, maka ramailah yang akan menjadi mangsa.

“Sampan-sampan yang ada pula masing-masing hanya jaga kepentingan kelompok masing-masing sahaja, dinakhodai oleh para penyamun dan pengkhianat,” sinisnya.

Sehubungan itu, Jamzuri menyarankan perlunya PH diterajui ketua dan barisan kepimpinan yang baru.

“Kita perlu kapal baru. Nakhoda baru. Krew baru,” tegasnya lagi.

PH perlu barisan kepimpinan baru dalam menangani golongan pengkhianat.

COMMENTS

Wordpress (0)