Kapal misi kemanusiaan Al Awda dirampas Israel berhampiran Gaza

Kapal misi kemanusiaan Al Awda dirampas Israel berhampiran Gaza

Sebuah kapal yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas oleh Israel ketika kapal itu menghampiri Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata Kapal Al-Awda terputus hubungan komunikasi dengan pihak media Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan dalam laporan terakhir radio kapal, ketua kapal menyatakan mereka melihat empat kapal perang Israel sedang menghampiri kapal berkenaan.

Beliau berkata pihaknya tidak dapat menghubungi wakil Malaysia dalam kapal itu menggunakan telefon satelit seperti biasa dan Pusat Pemantauan Just Future for Palestine (JFP) MyCARE turut terputus hubungan dengan anggota misi JFP.

“Kami terputus hubungan dengan kapal itu pada 7.15 malam ini (waktu Malaysia) (1.15 petang waktu tempatan) dan (pada kedudukan) kurang 49 batu nautika dari Gaza,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS