Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kapasiti e-dompet Touch ‘n Go ditingkat, pastikan pengguna dapat tebus RM30

Kapasiti e-dompet Touch ‘n Go ditingkat, pastikan pengguna dapat tebus RM30

MALAYSIADATELINEJanuary 15, 2020 2:25 pm




Kapasiti sistem e-dompet Touch ‘n Go ditingkatkan berikutan jumlah trafik yang tinggi menggunakan aplikasi tersebut untuk menebus wang sebanyak RM30 daripada program e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini.

Memetik laporan Malaysiagazette hari ini, syarikat perkhidmatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata, langkah penambahbaikan itu telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah pengguna yang berjaya menebus wang tersebut setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Kami amat menghargai kesabaran anda dan pasukan kami sedang bekerja keras untuk memastikan aplikasi kami kembali kepada fasa kecekapan optimum secepat mungkin,” kata syarikat itu sebagai reaksi kepada laporan portal berita berkenaan yang melaporkan,  berhubung rungutan orang ramai yang tidak dapat menebus RM30 itu menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go.

Warga maya hari ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila sistem e-dompet syarikat tersebut mengalami gangguan ketika memproses permohonan untuk mendapatkan wang RM30 itu.

Dalam kenyataan itu juga, e-dompet Touch ‘n Go berterima kasih di atas kepercayaan rakyat Malaysia untuk menggunakan khidmat mereka dalam menebus e-Tunai Rakyat itu.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan kini dan pada masa akan datang kerana kami memberikan nilai menerusi pelbagai kempen yang dirancang untuk setiap orang daam perjalanan tanpa tunai bersama kami,” katanya.

Menerusi program e-Tunai Rakyat, mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima sebanyak RM30 melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet yang terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production