Karim pilihan terbaik rakyat di Kimanis

Karim pilihan terbaik rakyat di Kimanis

 

Tinggal lagi berbaki tiga hari menjelangnya Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Sabtu ini, calon Warisan Datuk Karim Bujang dilihat mampu memenangi kerusi itu.

Bukan mendabik dada, namun hakikatnya kebangkitan rakyat di Kimanis yang mahukan wakil calon Parti Warisan Sabah (Warisan)itu memimpin mereka begitu amat terserlah.

Ini kerana, mereka melihat Karim adalah seorang pemimpin mampu memikul tugas yang digalaskan lebih-lebih lagi pengalaman beliau yang pernah menganggotai Kabinet Negeri Sabah sebelum ini.

Parlimen Kimanis telah diwakili selama tiga penggal oleh bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman daripada Barisan Nasional (BN) yang kemudian bertindak keluar daripada parti itu pada hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, maka Pilihan Raya Kecil telah diadakan dengan Hari Penamaan Calon berlangsung 4 Januari lalu.

Ia sekali gus memberi peluang semula kepada Karim untuk kembali merebut kerusi Kimanis pada PRK kali ini.

Karim bukanlah calang-calang pemimpin yang harus dipandang sebelah mata oleh musuh politiknya.

Buktinya ketika beliau memunculkan diri di khalayak, ternyata orang ramai tidak melepaskan peluang berjabat tangan dan bertanya khabar serta tidak kurangnya mendoakan agar Karim berjaya memenangi kerusi Kemanis.

Ini ditambah lagi dengan karektor beliau sendiri yang sememangnya diakui peramah dan mudah tersenyum apabila berjumpa dengan penduduk setempat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan dan Membakut dalam Parlimen Kimanis.

Untuk itu, PRK Kimanis kali ini Karim telah menggariskan lima sebab mengapa pengundi wajib memilihnya.

Tujuh sebab itu ialah beliau mahu suara dan jumlah wakil rakyat dari Sabah yang seiring dengan kerajaan negeri dii bawah Warisan dan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH).

Dengan ini, ia akan membantu pelbagai urusan yang melibatkan pembangunan demi untuk kebaikan keseluruhannya rakyat

Sebab kedua pula, Karim mahu suara Kerajaan Negeri Sabah dan wakil rakyat di negeri ini terus diperkukuhkan di dalam Dewan Parlimen bagi memastikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ini adalah kerana hanya Ahli Parlimen Warisan dan Pakatan Harapan sahaja yang komited terhadap usaha tersebut.

Seterusnya sebab ketiga beliau mahu Kimanis dikembalikan hak sebagai Pusat Bekalan Gas Borneo dan Malaysia.

Ini sangat penting kerana ia merupakan platform bagi menuntut hak kawalan hasil gas di negeri ini.

Justeru, untuk rekod hasil gas di Kimanis telah disalurkan ke tempat lain seperti di Bintulu, Sarawak melalui saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) semasa pentadbiran Umno-BN yang bertujuan tapisan dan ‘pemurnian’.

Jelas langkah yang diambil oleh Umno-BN itu telah mengakibatkan Sabah terlepas banyak peluang pelaburan dan pembangunan.

Bagi sebab keempat, Karim akan membawa misi untuk membangunkan Kimanis adalah setara dengan Pengerang di Johor yang telah ditranformasi menjadi Hub Minyak dan Gas di Koridor Selatan dan kini menjadi daerah yang paling cepat berkembang.

Manakala sebab kelima, beliau berazam menjadikan Sabah khususnya di Kimanis muncul sebagai sebuah Hub dan Kuasa Pengilangan dan Pembuatan Negara sekali gus berupaya menarik banyak pelaburan asing masuk ke negeri ini.

Justeru, ia bakal membuka peluang lebih banyak pekerjaan untuk anak-anak Sabah serta tidak lagi perlu meni ggalkan keluarga untuk bekerja di luar sana.

Malah, anak-anak Sabah dan Kimanis akam berupaya membina kerjaya di tanah air sendiri untuk bersama membangunkan negeri ini.

Sesungguhnya adalah benar apa yang dicelotehkan oleh ramai masyarakat, penduduk dan pengundi di Parlimen Kimanis bahawa memilih Karim pada Sabtu ini adalah tindakan yang amat bijak dan tepat.