Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kartel dedak: Zaharuddin dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti, kata Abdul Hadi

Kartel dedak: Zaharuddin dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti, kata Abdul Hadi

BernamaMay 14, 2019 7:00 am




Menantu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib parti berikutan tindakannya membuat pendedahan berkaitan ‘kartel dedak’ yang melibatkan beberapa pimpinan parti itu baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Hadi sendiri, yang menegaskan isu yang dibangkitkan itu merupakan perkara lama yang telah selesai.

Abdul Hadi berkata kepimpinan Pas ada menerima aduan pelanggaran tatatertib parti yang dilakukan oleh menantunya itu.

“Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai. Ia dianggap satu berkaitan (kesalahan) disiplin. (Dakwaan saya) restu (pendedahan) itu, tak betul. Saya tak ada (beri) restu. Kita akan menyerahkan perkara ini kepada jawatankuasa itu untuk siasat dan buat pendakwaan serta tindakan selanjutnya,” katanya dalam sesi dialog Pas bersama media di sebuah hotel di Ampang,pada Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Baru-baru ini, media melaporkan Zaharudin yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama Pas mendedahkan wujudnya ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu. Malah beliau mendakwa, pendedahan itu mendapat ‘restu’ Abdul Hadi.

Sementara itu, Takiyuddin berkata beliau akan memberi keterangan kepada pihak polis susulan kenyataan kontroversinya yang mengaitkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan status bekas banduan.

“Saya kira dekat 10 laporan polis telah dibuat terhadap saya. Saya pasti akan dipanggil oleh pihak polis. Saya akan beri kenyataan kepada polis,” kata Takiyuddin.

Dalam perkembangan lain,Takiyuddin berkata Muktamar Pas ke-65 dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Jun ini, di Indera Mahkota, Kuantan Pahang, dengan pemilihan untuk jawatan di peringkat pusat pada 21 Jun.

Katanya pemilihan bagi Dewan Muslimat akan diadakan pada 15 Jun, Dewan Ulama (20 Jun) dan Dewan Pemuda (19 hingga 20 Jun).

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production