Kashmir mengalami keadaan sama seperti Palestine

Kashmir mengalami keadaan sama seperti Palestine
Apabila Palestin menghadapi kelahiran negara haram Israel pada tahun 1948, Kashmir menerima ketibaan tentera India pada tahun 1947. Kedua-duanya mempunyai pengalaman penglibatan kuasa imperialis yang sama, British.
Palestin mengalami malapetaka yang dipanggil Nakbah. Antara 1947 dan 1949, sekurang-kurangnya 750,000 orang Palestin dari 1.9 juta penduduk telah dijadikan pelarian di luar sempadan negara. Pasukan Zionis telah mengambil lebih daripada 78 peratus kawasan Palestin , melalui penghapusan etnik dan kemusnahan kira-kira 530 kampung dan bandar, dan kira-kira 15,000 rakyat Palestin terbunuh dalam satu siri kekejaman besar-besaran, termasuk lebih daripada 70 pembunuhan beramai-ramai. Kini dalam 7 dekad ,  lebih daripada 6 juta warga Palestin telah menjadi pelarian.
Kashmir menamakan peristiwa malapetakenya sebagai Hari Hitam. Pada 26hb Oktober, India “secara paksa” merampas Kashmir pada tahun 1947. Tujuh puluh satu tahun berlalu hingga  pada hari ini , India tanpa sebarang kelulusan perlembagaan dan asas moral secara paksa mengambil alih Jammu dan Kashmir, dan sejak itu, pasukan India tanpa belas kasihan membunuh warga Kashmir yang tidak berdosa dan tidak bersenjata , merosakkan harta benda mereka dan terlibat dalam pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan.
Berikut adalah beberapa statistik dari 30 tahun terakhir Kashmir dibawah India:
• Warga Kashmir dibunuh oleh tentera India: 94,479
• Kehilangan Kashmiri di tangan orang India: 10,125
• Rogol beramai-ramai oleh warga India di Kashmir: 10,283
• Wanita Kashmir menjadi janda: 20,005
• Bangunan Kashmir dimusnahkan: 106,071
• Kanak-kanak Kashmir menjadi yatim: 20,080
Kedua-dua rakyat Palestin dan Kashmir mengalami penderitaan skala berat. Pelanggaran hak asasi manusia, genosid dan penghapusan etnik serta pemusnahan harta benda dan mata pencarian.
Kedua-duanya menghadapi jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kedua-duanya terdedah kepada pelanggaran hak asasi manusia, penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan tanpa pertuduhan, pembunuhan tanpa pengadilan dan penyeksaan dalam tahanan.
Kedua-duanya dinafikan keadilan apabila semua resolusi PBB terhadap pelaku-pelaku tergantung  tanpa penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.
Dunia bereaksi dengan  kecaman dan meluluskan resolusi oleh PBB terhadap puak zionis Yahudi mengenai penderitaan Palestin. Akan tetapi keadaan semakin parah.
Demikianlah nasib Kashmir,  PBB memberi respon yang mengakibatkan lulusnya resolusi yang mengakui warga  Kashmir mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri.
Sekarang Palestin ditinggalkan hanya sebahagian kecil tanah asal mereka, iaitu  jalur Gaza dan Tebing Barat.
Manakala warga Kashmir terperangkap  dalam wilayah diduduki oleh tentera India yang memberi  kebebasan minima untuk warga Kashmir bergerak.
Kedua-dua rakyat Palestin dan Kashmir adalah mangsa pendudukan tentera dan rejim asing.
Perkembangan terbaru yang menyaksikan pembatalan Artikel 370 dalam perlembagaan India , yang memansuhkan hak istimewa Kashmir adalah sama dengan undang-undang negara israel yang disahkan pada tahun 2018 untuk menetapkan Israel sebagai negara orang Yahudi.
Dengan itu undang-undang tersebut menafikan rakyat Palestin Arab sebagai orang yang asal dibumi Palestin. Undang-undang israeli itu adalah untuk menegakkan ketuanan Yahudi dan dasar apartheid kerajaan Israel.
Manakala  mencabut Perkara 370 dari Perlembagaan India adalah untuk menguatkan ketuanan nasionalis Hindu terhadap majoriti Muslim di Kashmir.
Kini warga Kashmir akan menghadapi prospek menjadi pendatang di tanah asal mereka sendiri apabila India mendefinisikan kewarganegaraan India hanya sah jika selaras dengan nasionalisme Hindu.
Kashmir kini akan mengalami kematian etnik dan agama secara perlahan  oleh rejim India sama seperti kematian rakyat Palestin oleh rejim Israel zionis dalam tempoh 7 dekad.
Pasukan keselamatan India sekarang bertindak  sewenang-wenang untuk menimbulkan ketakutan kepada setiap warga Kashmir melalui serangan disasar kepada setiap rumah atas alasan tuduhan terlibat dengan keganasan.
Tentera India dilihat menyerang rumah warga Kashmir dengan melemparkan batu ke tingkap rumah yang penduduknya terpaksa menjaga diri dengan selamat di dalam rumah kerana perintah berkurung 24 jam yang dikenakan di semua wilayah Jammu Kashmir.
Hanya menunggu masa sahaja apabila pembunuhan beramai-ramai akan dilancarkan oleh tentera India.
Kashmir mengalami nasib yang lebih teruk daripada rakyat Palestin. Gaza, sekurang-kurangnya boleh menentang di wilayah yang terkepung. Walau bagaimanapun, warga Kashmir dikuasai dari dalam yang kini menjadi zon militari tertinggi di dunia.
Sekarang dianggarkan 1 askar tentera yang lengkap bersenjata menjags 7 wargs Kashmir, menyebabkan warga Kashmir tidak ada ruang untuk bergerak.
Dunia sekarang menyaksikan pengulangan Nakbah dilancarkan di lebih banyak wilayah dan bahkan yang lebih kejam dan ganas jika seseorang mengambil kira senjata pembunuh moden di tangan para jeneral tentera yang  bersedia untuk menggunakan senjata canggih untuk sasaran membunuh warga awam
Keputusan kini berada di tangan agensi antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu harus bertanggungjawab kepada dunia atas kegagalannya menyelesaikan konflik. Melalui mandatnya, agensi yang diberi kuasa, Majlis Keselamatan PBB  tidak berfungsi untuk tujuan yang sepatutnya iaitu untuk menjaga keamanan dunia.
Sebaliknya ia kini telah menjadi platform negara-negara kuasa besar yang menggadai berjuta-juta nyawa manusia dengan kuasa veto oleh  5 anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB.
Kenyataan oleh Setiausha Agong PBB, Anthony Guteres yang lemah dengan hanya mengungkap keprihatinan , tidak memadai. Tindak konkrit diperlukan
Malang , setelah lebih 1 minggu berlalu sesudah India mengisitihar pemansuhan Perkara 370 itu , tercetusnya pertumpahan darah yang berkemungkinan besar akan berlaku, akan tetapi PBB sehingga hari ini maseh tidak bertindak.
*Penulis adalah Presiden Mapim