Malaysia Dateline

Kasih seorang ibu walau dipasung kerana gangguan mental tetap menyusukan anak

Meskipun dalam keadaan dipasung kerana gangguan mental ia tidak membataskan kasih sayang seorang ibu kepada permata hatinya apabila masih menyusu anaknya yang berusia lima bulan.

Mangsa, 32 tahun dipercayai mengalami gangguan mental dan terpaksa dipasung oleh keluarga mentuanya selepas dia mengamuk.

Dalam kejadian di pedalaman Manggarai Timur, Nusa Tenggara Timur baru-baru ini mangsa dipasunng kaki kanan selama dua hari bagi memastikan keselamatan terkawal dalam rumah itu yang mempunyai mentua yang sudah tua.

Bagaimanapun, wanita berkenaan telah dilepaskan dan kini si ibu bersama anaknya telah dijemput oleh pihak keluarga untuk tinggal di rumah mereka di salah satu daerah di Kabuten Manggarai.

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Kampung Kecamatan Ranamese, Stefanus Belasius berkata pihak mentua, keadaan wanita itu kini semakin pulih dan tidak mengamuk lagi. Dia juga sudah boleh menguruskan bayinya dan tinggal bersama keluarganya.

Tambahnya, suami wanita berkenaan yang berasal dari Kecamatan Kota Komba telah meninggal dunia.

Selepas kematian suaminya, ibu terbabit berkahwin dengan seorang lelaki warga kecamatan Rana Mesa dan mempunyai seorang cahaya mata . Suami keduanya kini sedang bekerja di Kalimantan.

Baca juga: “Jati diri Pas sudah hilang, perlu muhasabah diri, jangan hanyut dengan status parti Islam tunggal”