‘Kasihan Hadi, kalau boleh, bercutilah’

‘Kasihan Hadi, kalau boleh, bercutilah’

Seorang pemimpin DAP meluahkan rasa simpati terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyarankan beliau bercuti agar dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Tengku Zulpuri Shah Raja PujiNaib Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, ada kemungkinan Hadi tertekan terhadap masalah dalaman parti, masalah keluarga dan masalah negara sehingga mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap DAP.

“Jika kita lihat orang orang Melayu beragama Islam dahulu hendak bergaduh pun berpantun dahulu dan jika kita lihat seni mempertahankan diri seperti silat pun ada seninya dan adabnya tidak memaki hamun musuhnya.

“Saya rasa kasihan kepada Hadi Awang dan minta kalau boleh dia bercutilah. Mungkin dia tertekan dengan masalah dalaman parti, masalah menantu, masalah negara dan sebagainya,” katanya seperti dipetik Roketkini.

Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia seperti dilaporkan media semalam menggelar DAP sebagai “anak butir taik PAP (Parti Tindakan Rakyat)”.

“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia,” katanya seperti dipetik laporan media.

Tengku Zulpuri juga berkata, ini bukanlah pertama kali Hadi Awang menghamburkan kata-kata kurang elok terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

“Berhujahlah secara profesional dengan fakta bukannya dengan memaki hamun, tunjukkanlah tauladan yang baik kepada generasi muda.

“Jangan anggap seperti orang lain tidak tahu hal agama dan hukum Islam, berhujahlah dengan baik bukannya menjual nama agama demi kepentingan politik,” katanya.

Pada Mei tahun lalu, ahli parlimen Marang itu turut dilaporkan menghina DAP dengan kata-kata kesat “…mengembala lembu UMNO daripada babi DAP”.

 

COMMENTS

Wordpress (0)