Kastam perjelaskan isu bayaran balik GST tertunggak RM19.4 billion

Kastam perjelaskan isu bayaran balik GST tertunggak RM19.4 billion

Permohonan tuntutan pulang balik sebanyak RM19.47 billion sedang dalam semakan audit meja Jbatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa Laporan Audit Negara disediakan.

JKDM dalam kenyataannya berkata keseseluruhan semakan kini telah selesai dilaksanakan dan RM19.47 billion telah diluluskan untuk dibuat bayaran pada akhir bulan Julai 2018.

“Walau bagaimanapun, tiada dana yang cukup dalam tabung bayaran balik GST untuk membayar tunggakan tuntutan pulang balik ini.

“Bayaran balik tunggakan berjumlah RM0.9 billion adalah kepada dua syarikat milik Kerajaan seperti dinyatakan dalam media massa.

“Tuntutan adalah berpunca daripada pelepasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 56(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 bagituntutan cukai input yang telah dibayar oleh syarikat.

“Tidak ada sebarang kehilangan dana kerana kedua-dua syarikat adalah milikan 100% Kerajaan Persekutuan,” ujar kenyataan itu.

Pada Isnin dilaporkan Tunggakan balik GST yang dilaporkan JKDM pada 5 Jun lepas berjumlah RM19.47 bilion melibatkan 122,580 Orang Kena Cukai (OKC).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, sejumlah RM1.45 bilion adalah tuntutan pulang balik oleh OKC yang telah disahkan oleh pegawai JKDM tetapi masih belum dibayar oleh akauntan JKDM disebabkan oleh baki peruntukan Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik GST tidak mencukupi, pulang balik ditahan secara manual oleh JKDM dan OKC dalam proses pengauditan oleh pegawai JKDM.

JKDM merujuk tafsiran beberapa pihak terhadap Laporan Audit Negara berkaitan status tunggakan tuntutan pulang balik sebanyak RM19.47 billion bagi tempoh April 2015 hingga 5 Jun 2018 yang telah menimbulkan kekeliruan.

Justeru secara amnya, jumlah tunggakan tuntutan pulang balik ini perlu dibayar memandangkan kebanyakan tuntutan ini adalah merupakan tuntutan sahih dan perlu dibuat bayaran.

“Di bawah peruntukan Seksyen 54(2) Akta GST 2014, semua wang GST hendaklahdimasukkan ke dalam Tabung Amanah GST. Kesemua atau sebahagian daripada wang tersebut kemudiannya boleh dipindahkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan dengan kelulusan Menteri Kewangan.

“Walau bagaimanapun, semua wang kutipan GST telah dimasukkan ke dalam
Akaun Hasil Disatukan tanpa kelulusan Menteri Kewangan. Hanya peratusan
tertentu yang tidak mencukupi dana dipindahkan ke dalam Tabung Amanah GST.

“Pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah GST masih memerlukan pemindahan hasil
sebanyak RM19.2 billion untuk membiayai bayaran balik GST yang telah atau akan diluluskan.

“Dilaporkan Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450juta pada 30 April2018. Jumlah ini tidak mencukupi untuk dipindahkan kepada Tabung Amanah GST untuk membiayai bayaran balik GST yang tertunggak.

“Oleh yang demikian,Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak sebanyak RM19.4 billion,” ujarnya kenyataan.