Malaysia Dateline

Kasthuri penuhi jemputan masjid

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto memenuhi jemputan Masjid Jamek Al-Ihsaniah atau lebih dikenali Masjid Simpang Ampat untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata, suasana majlis di perkarangan masjid tersebut bersama kariah masjid dan muslimah sungguh meriah.

“Meriah sungguh menjamu selera. Turut serta rakan-rakan MPKK Simpang Ampat, Ahli Majlis MBSP dan ahli KRT di sekitar kawasan DUN Bukit Tambun.

“Moga perhubungan silaturahim ini kekal erat dan berpanjangan diantara kita semua,” kata Kasthuri lagi.

Baca Baik pulih segera Jalan Gunung Pulai

Baca Lewat hantar barang, J&T Express mohon maaf

Kasthuri dan rakyat berbilang kaum hadir dalam sambutan Aidilfitri di Masjid Simpang Ampat kelmarin.