‘Kasut Emas’ bukan idaman Thanabalan

‘Kasut Emas’ bukan idaman Thanabalan

Muncul sebagai penjaring terbanyak dalam acara bola sepaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bukan keutamaan bagi penyerang sensasi negara, N.Thanabalan menjelang aksi final menentang Thailand, esok.

Sebaliknya, penyerang berusia 22 tahun berasal dari Seremban itu berkata fokusnya lebih terarah kepada membantu pasukan mencipta kemenangan ke atas negara ‘Gajah Putih’ itu pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

“Saya tidak mahu fikirkan soal menjadi penjaring terbanyak. Saya hanya mahu menjalankan tugas yang telah diberikan jurulatih dengan sebaik mungkin apabila diturunkan.

“Sebagai penyerang, tugas saya adalah membantu semua rakan sepasukan di atas padang. Semua pemain mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Apa yang penting sekarang adalah saya mahu membantu pasukan untuk menghadiahkan pingat emas kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama..

{loadposition myposition} Nama Thanabalan mula menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia selepas beliau menjaringkan gol kemenangan untuk membantu negara mengatasi Singapura 2-1 pada aksi kedua kumpulan A.

Tidak terhenti setakat itu, penyerang Felcra FC itu terus mempamerkan taringnya apabila menyumbat dua gol ketika menundukkan Myanmar 3-1 sebelum sekali lagi meledak gol kemenangan pada pertemuan separuh akhir menentang Indonesia untuk membawa Malaysia ke pentas final yang menawarkan ibu segala pingat itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui keempat-empat jaringannya itu tidak dapat dihasilkan tanpa sokongan keluarga serta bantuan jurulatih dan rakan sepasukan yang sering memberi motivasi di dalam mahupun di luar padang.

“Saya bermain untuk keluarga saya. Keluarga adalah tulang belakang kepada karier saya. Rakan sepasukan dan jurulatih juga banyak memainkan peranan. Jika mereka (pemain) tidak membuat hantaran, saya tidak dapat menjaringkan gol,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS