Malaysia Dateline

KATS nafi dakwaan beri AP pengeksportan pasir secara rundingan terus

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menafikan dakwaan sebuah portal berita yang mengaitkan menterinya ke atas rundingan terus Lesen Eksport (AP) pasir kepada 4 syarikat kroni.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pengeksportan bahan seperti pasir yang tersenarai dalam Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, lesen neksport (AP) perlu diperolehi terlebih dahulu daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan permohonan akan dipertimbangkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Sebelum pertimbangan dan kelulusan YB Menteri Air, Tanah danSumber Asli diberikan, syarikat-syarikat berkenaan perlulah terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan telah  memperolehi kelulusan daripada Kerajaan Negeri di mana sumber pasir itu diperolehi.

“Oleh yang demikian, tidak berbangkit isu rundingan terusseperti yang dilaporkan memandangkan mana-mana syarikat bolehmengemukakan permohonan untuk mengeksport pasir sekiranya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” ujar kenyataan itu.

Pada Selasa portal Sabahkini.com memuat naik tular surat perkeliling daripada kementerian itu berkaitan kelulusan AP pengeksportan pasir ke luar negara yang diserahkan kepada 4 buah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Menterinya Dr Xavier Jayakumar.

Empat syarikat itu ialah Goldland Capital Sdn Bhd (Kelantan), Polo Specialist Trading Sdn Bhd (Pahang), Legacy Lestari Sdn Bhd dan Asal Jasa Sdn Bhd (Kelantan).

Surat bertarikh 29 November 2018 merupakan satu memo arahan pejabat Menteri melalui SUSK Menteri kepada Ketua Jabatan di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Kata kenyataan itu lagi, kementerian memandang serius penyiaran danpenularan dokumen-dokumen rasmi dalaman dan akan mengadakansiasatan dalaman bagi memastikan agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.