“Kau belajar sampai SPM kan”, Pegawai Kanan Polis berlagak, hina anggota bawahan depan orang ramai

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman memaparkan tiga orang anggota polis yang sedang bertengkar telah menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, seorang wanita yang dipercayai merupakan pegawai kanan polis telah bertindak menengking anggota pangkat bawahan.

Tidak cukup dengan itu, pegawai berkenaan turut menghina latar belakang pendidikan anggota polis yang berpangkat rendah itu.

Sengaja menimbulkan kekecohan, kejadian itu bermula apabila pihak polis menerima panggilan kecemasan 999 daripada orang awam.

Menurut aduan, terdapat seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis di sebuah medan selera di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Bertindak atas aduan, anggota yang berpangkat Lans Koperal itu telah meminta kad pengenalan daripada wanita berkenaan.

Enggan menyerahkan kad identiti, wanita itu malah bertindak agresif secara tiba-tiba dengan menengking dan menghina anggota polis tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut hadir ke medan selera itu kerana mahu mengutip hutang lama daripada seorang perempuan berbangsa India.

@edisi9official

Anggota berkenaan dimalukan wanita berkenaan ketika menyiasat kes penyamaran di Taman Seri Gombak. Anggota berkenaan telah membuat laporan polis dan siasatan terhadap wanita berkenaan sedang dilakukan. 🎥 Media sosial #beritaviraltiktok #trendingnewsmalaysia #malaysianewupdate

♬ original sound – Edisi 9 (Official) – Edisi 9 (Official)

“Kau Lans Koperal lah. Kau tak layak lah, pangkat lagi kecil dari aku. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah). Kau jadi pegawai dululah.

“Pangkat dahlah rendah. Pakai cermin matalah konon. Pegawai rendah,” teriak wanita itu di depan orang ramai dengan tujuan memalukan.

Menurut laporan polis yang tular di media sosial, pegawai wanita itu juga sempat memperlekeh taraf pendidikan anggota berkenaan sebelum beredar.

“Belajar sampai mana, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kan? Aku pangkat tinggi polislah aku tidak takut kalau kamu buat laporan.” Katanya.

Baca juga: Wanita sengaja cari pasal, pakai seksi sambil cat-walk dekat Bandar Kelantan