“Kau nak aku jadi isteri sempurna tapi kau sendiri dah perangai macam dari neraka!”

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap kesabaran pasti ada hadnya, apatah lagi jika kesalahan bertahun lepas masih diungkit walaupun diri sudah berubah.

Seorang wanita tidak menyangka si suami masih melayannya dengan buruk kerana kepenatan bekerja satu ketika dahulu.

“Setiap apa yang aku buat semuanya tak kena. Bangun tidur lambat masak lambat, basuh baju lambat, bagi susu anak lambat.

Anak menangis, terlupa bawak dokumen atau buku bila ada urusan diluar pun jadi kesalahan aku.

Hatta pampers habis dan lambat bagitahu pun salah aku. Belum lagi tak cuci bilik air, salah aku juga.

Aku tak cuci bilik air tu bukan sebab aku pemalas. Aku tak cuci bilik air tu sebab dua bulan aku duduk menyewa diluar pastu bila balik semula duduk rumah kau.

Mak kau kata aku pemalas kerja tidur. Sedangkan masa kau cakap tu aku tengah memasak dekat dapur!

Dan aku tak cuci bilik air haritu sebab aku pindah duduk luar haritu. Anak kau ada mak ka? Kenapa tak suruh anak kau? anak kau hari-hari tidur lewat bangun lewat.

Tolong aku masak pun tidak. Lepas tidur pastu bangun tidur lagi. Kesian ya buruk orang nampak, buruk sendiri tak nampak atau butakan mata je.

Ada suami pun sama juga. Kenapa suami neraka? Bukan ke syurga seorang isteri tu ada pada suami?

Macam mana nak dapat syurga kalau suami sendiri yang ajar isteri tu supaya dekat dengan neraka.

Setiap perbuatan mengundang aku ni jadi isteri derhaka. Nak aku jadi sempurna nak aku bangun pkul 4 pagi solat tahajud taubat.

Pukul 5 pagi masak untuk kau anak beranak makan pkul 7 pagi menyapu, cabut rumput luar rumah kau, aku ni orang gaji ke?

Bukan tak boleh buat tapi kau mampu tak buat semua tu kalau kau tak mampu. Sama juga aku tak mampu.

Macam kau dengan mak kau selalu cakap aku pemalas. Nak isteri sempurna kau kena sempurna dulu baru isteri akan ikut cara kau nanti.

Aku silap sikit punya meroyan tak ingat apa seolah tak pernah aku buat kebaikan apa pun kat kau sekeluarga.

Lupa agaknya bulan-bulan tak cukup duit nak belanja duit aku kau kebas konon pinjam tapi tak pernah bayar.

Cakap dengan aku jangan kedekut. bukan masalah aku kedekut. Tapi aku memang tak kerja dan itulah cara aku bantu kau dengan bagi kau duit yang aku ada.

Walaupun tu duit nafkah kau bagi tapi aku tak pernah guna. Tapi kesian sangat semua tu pun tak nampak asyik cakap aku habiskan duit kau! Rasa ralat dan sedih sangat.

Aku takda apa-apa macam ni kau anak beranak layan aku. Jahat sangat ke aku ni. Kadang hanya sebab tak tolong masak nasi untuk makan malam pun jadi isu.

Habis yang tengah hari tadi aku berpeluh ketiak masak untuk kau anak beranak makan tak fikir pula, bila malam nasi habis aku tak masak, macam-macam cakap dekat aku.

Aku tak kisah orang cakap apa tapi kau suami kau suami aku yang aku harap boleh tolak ansur sikit dengan aku, tapi tu hanya harapan.

Kau besar kepala sebab aku menumpang rumah kau dan mak kau. Aku nak panggil apa lagi kau dengan mak kau tu.

Aku ni cukup stress dengan mak kau dan kau dan perangai korang anak beranak. Apa yang perlu aku buat??

Aku bangun lambat tu dulu, tiga tahun lepas. Sekarang ni paling lambat aku bangun 6.30. Masak pagi paling lewat 8 pagi dah siap.

Masak makan untuk tengah hari 10.30 aku dah masuk dapur, aku malas tapi semua kerja aku, aku buat sendiri.

Contoh masak makan basuh baju jaga anak. Menyapu sampah kemas dapur aku buat, yang lain memang aku malas tapi sekurangnya aku tak bebankan orang dengan kerja aku sendiri.”

Baca juga: Bapa gatal nak kahwin walaupun tak ada duit, anak menangis gadai rantai emas untuk belikan cincin