‘Kau tak pernah beli beras’, isteri Hafidz Rosdi mengalami cacat kekal di muka

Oleh KIM SYAZIE

Isteri pelakon terkenal, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengalami cacat kekal di pipi akibat ditumbuk oleh suaminya sendiri.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) dekat Sungai Buloh pada awal pagi semalam.

Menurut ahli keluarga Shuhada, insiden itu bermula dari pertengkaran sebelum bertukar dingin apabila Hafidz menumbuk isterinya sebanyak tiga kali.

Laporan polis sudah dibuat dan Shuhada dibawa ke hospital oleh ahli keluarga di mana dia terpaksa menerima jahitan atas kecederaan itu.

Tidak berdiam diri, Shuhada bertindak membuat hantaran di laman media sosial Instagramnya dengan mengucapkan ‘terima kasih’ kepada suaminya.

Dia juga berharap agar pelakon berkenaan diberi pembalasan atau kifarah yang setimpal oleh Ilahi atas perbuatannya itu.

Wanita yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan itu turut memberi bayangan bahawa Hafidz culas dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

“Kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk ‘back-up’ diri, jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskanlah.

“Allah tau kau tak pernah ‘beli beras’. Terima kasih atas cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balas seberat-berat kifarah buat anda,” luahnya. 

Baru-baru ini, media melaporkan Hafidz telah melafazkan cerai melalui panggilan telefon di hadapan keluarga setelah berlaku curang dengan bekas kekasihnya.

Baca juga: Meniaga asal boleh je, wanita terkejut jumpa ‘telur katak’ masa tengah jamah nasi lemak