Rata-rata warganet terutama golongan Hawa terus bertindak ‘sekolahkan’ Youtuber, Nick yang membuat ‘content’ menarik tudung muslimah.
Luah golongan wanita terhadap pemilik nama sebenar Fakhrul Rushdan Roslan, 24, itu turut mengingatkan bahawa walau apapun alasan pemuda yang dikecam itu, malaikat tetap mencatat setiap perbuatan.
Dalam masa sama, orang ramai menegaskan pentingnya golongan YouTuber membuat kandungan yang tidak melampaui batas.
Sebaliknya, YouTuber di negara ini sepatutnya berfikir terlebih dahulu untuk menghasilkan ‘content’ yang memberi manfaat kepada masyarakat serta sama sekali tidak mempersenda maruah individu apa lagi agama Islam.
“Bila saya tengok video tu (tarik tudung), saya rasa sangat sedih dengan sikap orang yang tarik tudung tu.
“Padahal, dia Islam, dia tahu tudung itu untuk apa wanita pakai, tapi dia tarik dengan tujuan ‘content’. Macam gila like pula tapi diri sendiri kemudiannya merana.
“Tidak ada orang yang suka dengan content yang melampaui batas. Mana pergi iman awak si penarik tudung?
“Seolah-olah permainkan wanita-wanita yang bertudung dan awak tak hormat wanita yang bertudung kerana content semata-mata.
“Ingatlah, malaikat catat setiap perbuatan kita. Saya harap dia muhasabah diri dan sedar dengan perbuatannya. Semoga Allah memberi hidayah buatnya,” kata Ellyza Wati.
Nada sama dilontarkan Aina Syazwani dan berpendapat Nick salah apabila menggesa warganet agar tidak “don’t judge a book by its cover” seperti rakaman yang dibuat 4 Julai lalu memandangkan dia sendiri yang menimbulkan isu.
“Anda sendiri yang menimbulkan isu, sebab dah rancang semua, konon nak buat eksperimen sosial terhadap wanita yang tudungnya ditarik sama ada marah atau pun tidak.
“Bila netizen kecam, jadilah isu lain pula nanti iaitu salah sangka atau fitnah. Senang cerita, tak payahlah buat content macam tu kalau dah dahaga perhatian sangat.
“Nasihat saya untuk awak, “sebelum membuat sesuatu content, fikir dahulu baik buruknya terhadap orang yang melihat.
“Bukan nasihatkan kami (orang ramai) untuk tidak terlalu awal menilai seseorang sebab sudah terang lagi bersuluh, isu ini timbul berpunca dari content bodoh anda,” tegas Aina Syazwani.
Nick dikecam teruk orang ramai apabila memuat naik rakaman video bertajuk, “Aku tarik tudung perempuan!!” yang diakuinya dilakukan di Ampang.
Dalam video penjelasannya yang dimuatnaik pada 4 Julai dan turut disertai dua wanita yang ditarik tudung itu, berkata, video tersebut dibuat sebab mahu melihat bagaimana rakyat Malaysia menilai ‘content’ yang dibuat Youtuber.
Bagaimanapun, tindakannya itu diselar malah ada turut mengaitkan seperti Yahudi Bani Qaynuqa’ yang mencabut hijab muslimah lalu ditertawakan sehingga seorang Muslim yang memukul Yahudi itu syahid lantaran mempertahankan aurat muslimah.
Pemuda yang menjadi bahan kemarahan orang Islam itu kemudiannya ditahan polis pada 7.30 malam, 4 Julai lalu dan dikenakan denda mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dia yang merupakan pemilik saluran NickChannel mendapat bantuan rakannya, Erwinsyah Sumidi, 36, yang membayar ikat jamin RM3,500.
LANJUT MENYUSUL
Baca juga Tarik tudung muslimah: Nick akui tidak boleh tidur di lokap, harap netizen terimanya selepas ini
Baca juga Jangan salahkan pengusaha ladang durian Musang King selagi tak sah punca, kesian dia – MB Kedah