Malaysia Dateline

Kavita, aktivis AMANAH Negeri Sembilan meninggal akibat Covid-19

AMANAH Negeri Sembilan kehilangan seorang aktivisnya apabila Puan Achamah Nanggaraju @ Kavita meninggal dunia akibat Covid-19.

Mendiang Kavita merupakan Setiausaha Biro Integrasi Awan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Bagi pihak Parti Amanah Negara Negeri Sembilan saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga mendiang dan semoga bertabah dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.

“Saya pasti Amanah NS khususnya AWAN NS akan merasa kehilangan yang besar dalam perjuangan ini,” kata beliau dalam satu kenyataannya.