Malaysia Dateline

Kawal pengangguran pasca Covid-19

Kerajaan harus mencari kaedah dan alternatif yang terbaik bagi memastikan kadar pengangguran dalam negara tidak bercambah dan meningkat naik.

Sebaliknya resolusi harus dicari bagi menyediakan peluang pekerjaan sebagai alternatif kepada mereka yang telah hilang pekerjaan ekoran pandemik Covid 19 yang belum pulih sepenuhnya.

ANDY TAN

Demikian disarankan oleh Timbalan Pengerusi Biro Amal Pulau Pinang, Andy Tan.

Jelas beliau, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang melaporkan jumlah pengangguran dalam negara melebihi 778,000 setakat April 2020 dengan peningkatan 48.8 peratus adalah suatu angka yang amat membimbangkan.

“ini suatu angka yang amat membimbangkan dan harus diberi perhatian serius oleh kerajaan dengan meningkatkan segera ekonomi negara serta menarik sebanyak mungkin pelaburan luar ke dalam negara ini.

“Kegagalan berbuat demikian akan menambahkan lagi statistik sedia ada dan akan memberi gambaran yang negatif terhadap kemampuan kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan khususnya golongan lepasan sekolah dan universiti.

“Pelan drastik seharusnya disediakan bagi memastikan kadar pengangguran dapat diminimakan dan peluang pekerjaan pula dapat disediakan secara maksima yang mungkin,” ujarnya lagi.

Tambah beliau adalah suatu kerugian besar kepada negara sekiranya berlaku lambakan kadar pengangguran sedangkan peluang pekerjaaan yang sewajarnya tidak mampu disediakan.

Malah tegasnya, inisiatif segera wajar diberi perkiraan bagi memastikan negara bukan sekadar mengeluarkan produk tenaga kerja tetapi menyediakan segala peluang dan ruang bagi memastikan output tersebut dapat memberi impak yang positif kepada rakyat dan juga negara.