Malaysia Dateline

Permohonan biasiswa YDP dibuka hari ini sehingga 18 Mac depan.

Kawalan saiz perkhidmatan awam bukan perkara baru

Inisiatif kawalan saiz Perkhidmatan Awam yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober 2018 bukanlah perkara baru.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, perkara ini merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008.

“Merujuk kepda surat edaran JPA bertajuk kawalan saiz perkhidmatan awam bertarikh 26 Disember 2018 yang dipengerusikan oleh perdana menteri bukanlah perkara baharu.

“Malah ianya telah dimulakan sejak tahun 2015 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) Bil 1 tahun 2015,”katanya.

JPA juga menjelaskan pelaksanaan rasionalisasi ini juga hanya melibatkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebih dua tahun.

Menurutnya, kaedah bagi pelaksanaan pengurangan perjawatan ini tidak melibatkan penjawat awam sedia ada tetapi melalui pelbagai kaedah lain antaranya pengoptimuman sumber manusia, penyusuanan semula perjawatan (redeployment), penyampaian perkehidmatan alternatif (alternative service delivery), gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan semasa.

Justeru, katanya usaha ini adalah berpaksikan kepada produktiviti dan penggunaan sumber manusia secara cekap dan optimum dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Seramai 16,000 penjawat awam dijangka akan kehilangan pekerjaan mereka selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam.

Keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan.