Kawasan hitam Parlimen Pulai digempur Pakatan Harapan

Kawasan hitam Parlimen Pulai digempur Pakatan Harapan

Kehadiran orang ramai penduduk Kampung Desa Rahmat untuk mendengar ceramah calon Pakatan Harapan .

Pusat Daerah Mengundi (PDM) Desa Rahmat di bawah Dewan Undangan Negeri (Dun) N47 Kempas dan Parlimen P161 Pulai adalah kawasan hitam bagi pembangkang sebelum ini.

Pada Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) sebelum ini menyaksikan keputusan bagi peti undi PDM Desa Rahmat hanya mendapat 25 peratus kepada calon Pas.

Namun untuk kali ini, PDM ini menunjukkan sokongan daripada orang awam yang menggalakkan serta fenomena ini tidak berlaku sebelum ini.

Sambutan orang ramai terhadap Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin bertambah dan sepanjang tinjauan rata-rata ketua masyarakat (ahli Umno sebelum ini) berubah sokongan kepada PH.

Ia dapat dilihat dengan faktor calon yang diletakkan oleh PH di Parlimen dan Dun di sini berjaya menarik sokongan orang tempatan.

Calon Dun Kempas, Datuk Osman Sapian adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal dan sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri.

Selain itu, calon di Parlimen pula, PH mengetengahkan tokoh peringkat nasional dari Parti Amanah Negara (AMANAH) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub yang sekali lagi bertanding di parlimen ini.

Muntaha Ahmad

Menurut jentera PH di Pulai ini, Muntaha Ahmad, 50, kehadiran yang menggalakkan ini adalah sebagai petanda rakyat mahukan perubahan.

“Ini bukti rakyat bersedia untuk berubah dan perkara ini adalah di luar dari jangkaan kami sebagai jentera parti.

“Sebelum ini gelombang pada kaum Melayu tidak kelihatan namun kali ini di sini ia melahirkan suatu gelombang Melayu,” ujar Muntaha.

Dun Kempas akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru selain PH dan BN, Pas juga turut mencuba nasib bertanding di Dun ini.

Di peringkat parlimen pula, seperti yang dimaklumkan, Salahuddin sekali lagi berhadapan dengan lawannya sebelum ini, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) serta ia akan dituruti dengan dua lagi pesaing dari Pas dan Bebas.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS