Malaysia Dateline

Kawasan, sayap terjejas tidak beri kesan, ganggu proses pemilihan, kata SUA AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengesahkan beberapa kawasan dan sayap-sayap yang terjejas tidak memberikan kesan atau menganggu proses pemilihan dan penganjuran Konvensyen AMANAH Nasional 2019 yang akan diadakan pada Disember depan.

Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Mohd Tahir dalam kenyataan berkata, menerusi Taklimat Khas Organisasi yang diadakan di Shah Alam hari ini, hanyalah bertujuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan memberikan kaedah penyelesaian kepada Ketua dan Setiausaha Kawasan serta Sayap-sayap yang terlibat.

Katanya, segala pandangan dan kritikan hadirin telah diberi perhatian serta diterima baik oleh kepimpinan AMANAH mengukuhkan parti yang kini menjangkau ke usia empat tahun penubuhannya.

“Berdasarkan respon hadirin, AMANAH menjangkakan pemulihan ini tidak akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

“Secara umumnya, kedudukan AMANAH masih stabil di seluruh negara dan terus menerima keahlian baharu dengan jumlah yang tinggi setiap bulan,” ujarnya dalam kenyataan malam ini.

Dalam perkembangan sama hari ini Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga  mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.

Beliau berkata partinya sedang berusaha untuk menangani perkara tersebut dengan mengadakan mesyuarat khas untuk kawasan yang bermasalah.

Dalam perkembangan sama hari ini Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.

Beliau berkata partinya sedang berusaha untuk menangani perkara tersebut dengan mengadakan mesyuarat khas untuk kawasan yang bermasalah.