Kayveas sokong Pas kerjasama dengan Umno

Kayveas sokong Pas kerjasama dengan Umno

Presiden parti MyPPP Tan Sri M.Kayveas menyokong Pas bekerjasama dengan Umno  demi perpaduan kaum dan kestabilan politik di negara ini.

Beliau berkata penyatuan kedua-dua parti politik itu dapat mengukuhkan perpaduan terutama dalam masyarakat Melayu bagi memacu negara ke tahap yang lebih maju pada masa akan datang.

“Kalau boleh Pas, PKR, semua bersatu-padu demi kestabilan politik negara. Kalau orang Melayu sendiri tidak bersatu-padu, mereka akan kehilangan kuasa politik di masa hadapan,” kata Kayveas yang menyatakan MyPPP akan terus bersama-sama Barisan Nasional (BN).

Katanya politik negara juga bakal berdepan situasi kucar-kacir sekiranya tiada perpaduan dalam setiap kaum.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil penghargaan kepada barisan sukarelawan di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)hari ini.