Kayveas tarik diri sokong calon PH, kepimpinan Mahathir-Anwar

Kayveas tarik diri sokong calon PH,  kepimpinan Mahathir-Anwar

Presiden Mypp Tan Sri M. Kayveas menarik diri disaat akhir hari pencalon dan menyatakan memberikana sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Pakatan Harapan M. Manogaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau yang hadir di Pusat Penamaan calon pagi ini membuat sidang medianya berkata, beliau juga menyokong gandingan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingin mengumumkan tidak akan menjadi calon dalam PRK ini.  Saya menyokong secara terbuka  calon PH dan akan mendapat sokongan penuh kami.

“Saya menyokong Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk menyatukan semua rakyat negara ini untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan regim  terdahulu ke arah menjadikan Malaysia lebih baik di masa depan ,” ujarnya kepada media, bahawa keputusan yang dibuat beliau itu mendapat sokongan seluruh kepimpinan partinya.

Pada Ahad Kayveas mengumumkan beliau akan bertanding pada PRK Cameron Highlands.

Kayveas sebelum ini melobi untuk bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 namun BN meletakkan calon MIC, C Sivarraajh, yang seterusnya memenangi kerusi berkenaan.

Pencalon PRK Cameron Highlands hari ini akan menyaksikan pertandingan 4 penjuru. Sehingga jam 9.45 pagi tadi  hanya 4 calon telah menghantar borang pencalonan masing-masing yang terdiri daripada   M. Manogran (PH), Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon bebas Salehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

 

Loading...