KBS dituduh cari publisiti palsu, dakwa program orang sebagai program mereka

Oleh BORHAN AHMAD

Setelah kecoh dengan majlis pelancarannya, sekali lagi “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS” membuat onar.

Kali ini mendakwa, program pihak lain sebagai program mereka.

Posting yang dibuat oleh KBS Malaysia dipertikai oleh saksi kejadian.

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diminta jangan membuat dakwaan yang bukan-bukan kononnya “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS” benar-benar berfungsi dengan mendakwa program pihak lain sebagai program mereka.

Seorang saksi yang berada dalam satu operasi gotong royong di Bangi semalam, yang menggunakan nama Mq Qaisara Izara menafikan Skuad KBS itu yang membantu membersihkan beberapa buah rumah di Bangi tersebut.

“Admin KBSMalaysia mohon semak sebelum posting… Mohon semak semula caption.

“Saya sendiri berada dalam gambar. Bila masa saya bersama “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS”.

“Untuk pengetahuan admin, dalam gambar tersebut semuanya adalah Pemuda-pemuda Kampung Bangi sendiri, bukannya dari KBS.

“Jadi tolong jangan nak memandai claim sesuatu atas kepentingan sendiri,” tulis beliau.

Dalam satu posting yang dibuat oleh KBSMalaysia, mereka mendakwa “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS” bersama sukarelawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Bangiu Lama dan Kampiung Bangi Tambahan.

Skuad ini dilancarkan oleh menterinya Datuk Seri Faizal Azumu baru-baru ini yang turut ditegur oleh orang ramai dan bekas perdana menteri sendiri.

Ini kerana, bagi mereka tidak perlulah pelancaran itu dibuat kerana yang perlu adalah jentera kerajaan dikerah segera untuk membantu mangsa banjir yang sedang tenat.