KBS, Kementerian Pengangkutan akan disiasat PAC, kata Madinah

KBS, Kementerian Pengangkutan akan  disiasat PAC, kata Madinah

Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pengangkutan akan disiasat Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) berdasarkan Laporan Audit Negara 2017 siri dua.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang menyatakan dua kementerian terbabit terdapat isu-isu punitif (perbuatan mengenakan hukuman).

“Buat masa ini kita akan panggil Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pengangkutan ada beberapa isu punitif.

Bila saya kata punitif, itu bukan bermaksud kesalahan itu telah dibuktikan tapi perlu ada siasatan lanjut oleh pihak-pihak berkaitan.

“Jika ia melibatkan kecuaian penjawat awam maka siasatan akan dijalankan oleh jabatan perkhidmatan awam. Kalau melibatkan pihak ketiga seperti kontroktar, konsultan ia juga akan disiasat oleh CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)dan pihak-pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini, lapor Sinaronline.

Bagaimanapun, PAC tidak menjelaskan secara terperinci berhubung kes-kes yang dimaksudkan itu.