Malaysia Dateline

KDN akan wujud ‘single system’ pengambilan pekerja asing

Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha untuk mewujudkan satu ‘single system’ bagi urusan pengambilan pekerja asing yang melibatkan negara sumber yang dibenarkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata ini berikutan sistem kawalan imigresen negara terlibat yang berbeza menyukarkan urusan kemasukan pekerja asing ke dalam negara.

Oleh itu, katanya, pewujudan sistem itu dapat mempermudahkan urusan pengambilan pekerja asing dalam sektor yang dibenarkan.

— BERNAMA