Malaysia Dateline

KDN-KKM capai kata sepakat bincang isu utama penagih dadah dan banduan

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan menjalankan usaha sama dalam memastikan golongan penagih dan banduan medapat hak undang-undang dan rawatan yang terbaik ketika menjalani hukuman penjara.

Dalam satu kunjungan hormat yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad ke pejabat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah membincangkan dua isu utama yang telah dipersetujui bersama.

Ia berkaitan dengan Decriminalization of drug addicts yang mana penagihan dadah perlu dilihat dari sudut perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dihukum dengan undang-undang; dan

Dan Pengurusan Penyakit Tuberculosis (TB) dan lain-lain penyakit berjangkit khususnya di Penjara, Lokap, Pusat Tahanan dan Depoh Tahanan di Kementerian Dalam Negeri.

“Melalui kunjungan hormat ini, beberapa perkara telah dipersetujui iaitu pertamanya, Decriminalization ini hendaklah dilakukan bukan dengan memansuhkan atau meminda Akta-akta sedia ada tetapi lebih kepada tindakan pentadbiran. (Discretion of Public Prosecutor atau Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969);

“Keduanya libat urus (engagement) dengan Pemegang Taruh (Stakeholders) bagi memberi persepsi yang tepat mengenai tindakan-tindakan decriminalization yang sedang dilaksanakan oleh KDN dan juga melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program rawatan dan pemulihan;

“Dan ketiganya pembelian peralatan perubatan dan ubat-ubatan secara bersepadu dengan Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kos pengurusan rawatan di Pusat-pusat Tahanan dan Depoh Tahanan di KDN,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sidang mendia yang diadakan selepas selesai mesyuarat dua kementerian tersebut mengenai isu penagih dadah dan banduan.

Muhyiddin berkata, sejajar dengan kehendak Kerajaan baharu untuk melaksanakan decriminalization ke atas penagih dadah, beberapa perkara telah dilaksanakan oleh KDN bagi memastikan perkara ini dapat dicapai.

Usaha-usaha tersebut termasuklah entakrifkan penagih sebagai pesakit dan memberi fokus kepada rawatan dan pemulihan penagihan melalui konsep ‘cure and care’ ini berbanding menghukum; pelbagai inisiatif program rawatan di dalam komuniti dengan memperkasakan peranan ahli keluarga dan masyarakat (community rehabilitation on drug); dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam pelbagai program antaranya program Harm Reduction melalui terapi dadah gantian methadone dan joint management kes-kes ‘dual diagnosis’ yang dijalankan oleh PUSPEN Tampoi dan Hospital Permai, Johor.

Katanya, KDN juga sedang mengkaji untuk mengeluarkan Seksyen 6, 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) [APD] daripada diaftarkan di bawah Akta 7 (Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969) bagi memberi peluang kedua kepada penagih-penagih yang telah pulih dan dibebaskan daripada Pusat-Pusat Pemulihan AADK.

Selain daripada APD, ketika ini juga sedang melihat dan memperhalusi keperluan untuk mengeluarkan Seksyen 15(1) dan Sekyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 daripada didaftarkan di dalam Akta 7 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah pulih.

Isu kedua adalah mengenai pengurusan penyakit Tuberculosis (TB) dan lain-lain penyakit berjangkit khususnya di Penjara, Lokap, Pusat Tahanan dan Depoh Tahanan di Kementerian Dalam Negeri.

Maklumat terkini di Jabatan Pejara terdapat seramai 16,955 orang banduan dikesan mempunyai penyakit berjangkit. Daripada jumlah ini, seramai 149 orang dikesan mempunyai penyakit TB selebihnya adalah pelbagai penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV dan lain-lain lagi.

Bagi AADK, sehingga Jun 2019, seramai 1,280 klien dikesan mempunyai penyakit berjangkit yang mana seramai 205 merupakan kes penyakit TB manakala selainnya adalah lain-lain penyakit, menurut kenyataan itu lagi.