Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KDN perjelas isu mansuh butiran agama dalam kad pengenalan

KDN perjelas isu mansuh butiran agama dalam kad pengenalan

SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 21, 2020 4:35 pm




Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sebarang rancangan berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan yang tular di aplikasi WhatsApp tentang rakaman video dan teks pada 18 Januari lalu.

KDN dalam satu kenyataannya hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada Kad Pengenalan ini.

“Pelaksanaan perekodan butiran agama pada Kad Pengenalan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan Peraturan 4 (cc), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

“Selain itu, pelaksanaan perekodan butiran Agama Islam di muka hadapan Kad Pengenalan adalah selaras dengan Jadual Pertama, Peraturan 5(2), PPPN 1990. Manakala, bagi agama selain Islam hanya dimasukkan di dalam cip Kad Pengenalan.

“Kementerian ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita atau maklumat tidak sahih kerana bimbang boleh menimbulkan ketidakselesaan rakyat dan mengganggu ketenteraman dan keamanan Negara,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, butiran agama pada Kad Pengenalan milik individu beragama Islam adalah salah satu elemen penting yang membantu penguatkuasaan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang syariah yang berkuat kuasa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production