“Ke hadapan dudaku yang kuat meroyan…”, Cik Epal naik angin lagi dekat Jofliam?

Oleh KIM SYAZIE

Kontroversi pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam terus menjadi perbincangan pengguna media sosial.

Lebih-lebih lagi selepas warganet membongkar beberapa bukti percutian Jofliam dengan Dewi di Indonesia – individu yang dikatakan menjadi punca perpisahan antara Cik Epal dan usahawan pizza wagyu itu.

Semalam Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memuat naik satu hantaran di Instagram yang ditujukan kepada bekas suaminya itu.

Dia menggelar Jofliam sebagai “duda yang kuat meroyan” dan menasihatkan supaya masing-masing menjaga aib masing-masing.

Jika dahulu dia banyak menjaga nama dan aib bekas suaminya, kini tidak lagi.

“Ke hadapan duda ku yang kuat meroyan mengalahkan perempuan. Post delete, post delete, pastu acah malaikat.

“Dengar sini. Selama ni aku duduk bawah ketiak kau dan aku jaga baik punya ketiak kau. Kini tidak lagi.

“Sekarang kita jaga je ketiak masing-masing. Kau boleh fly high dengan ketiak kau. Aku boleh mendonia dengan ketiak aku,” katanya.

Hantaran itu dibuat dipercayai sebagai reaksi kepada Story IG yang dibuat Jofliam awal pagi semalam.

Pempengaruh itu membuat hantaran kepada bekas isterinya, meminta untuk tidak melibatkan anak orang lain dalam pertelingkahan mereka berdua.

Tidak pasti “anak orang lain” itu merujuk kepada Dewi atau sebaliknya.

“Tolong jangan libatkan anak-anak orang lain dan ibu bapa orang lain dalam pertelingkahan kita.

“Untuk katakan seseorang tidak berguna se sen pon, adalah satu perkataan berat dan tidak manis seolah-olah mereka ni tidak ada ibu bapa yang perlu dijaga aib dan air muka,” kata Jofliam.

Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki

Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.

Baca juga: FashionValet: Anwar Ibrahim arah Khazanah laksana audit dalaman, siasat kerugian RM43.9 juta