Malaysia Dateline

Keadaan Anuar Tahir semakin stabil, kata pakar saraf

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Anuar Tahir kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas.

Malaysiada Dateline menerima  satu whatapps  yang memaklumkan status terkini  Setiausaha Agung AMANAH itu.

Katanya, maklum balas dari Prof Dr Raymond seorang pakar saraf dan stroke mengatakan Anuar berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat.

“Wait and see..control blood presure dia..rest in bed (Tunggu dan lihat..kawal tekanan darahnya..sedang berehat di katil)”ujar Prof Dr Raymond.

Pada Sabtu media melaporkan Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh dimasukkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.  Ketika dimasukkan ke hospital keadaannya kritikal dan doktor tidak membenarkan kehadiran pelawat kerana dalam pemantauan doktor pakar.