Keadaan sekitar Kuil Sri Maha Mariamman tenang dan terkawal

Keadaan sekitar Kuil Sri Maha Mariamman tenang dan terkawal

Keadaan di persekitaran kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights dilaporkan tenang dengan kehadiran anggota polis berkawal bagi mengawasi keadaan selepas berlaku kekecohan awal pagi ini.

Tinjauan Bernama di sekitar lokasi itu mendapati jalan ke kuil berkenaan ditutup manakala polis trafik membuat kawalan di jalan berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik selepas berlaku kesesakan di waktu puncak pagi ini.

Tiada kelihatan orang ramai berkumpul di sekitar lokasi itu dan jalan menuju ke kuil ditutup menggunakan kon bagi menghalang sebarang kenderaan dan orang ramai mendekati kuil berkenaan.

Insiden kekecohan tersebut dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman. Klip video kekecohan itu viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.

— BERNAMA