Keahlian AMANAH Pengkalan Chepa terus bertambah

Keahlian AMANAH Pengkalan Chepa terus bertambah

Ketua AMANAH Pengkalan Chepa, Hazmi Hassan memberitahu keahlian parti di kawasan tersebut terus meningkat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda AMANAH Kelantan berkata, rakyat di negeri itu semakin menunjukkan minat kepada AMANAH.

“Alhamdulillah, keahlian Amanah Pengkalan Chepa terus bertambah. Mendapat perkhabaran daripada nasional bulan ini seramai 102 keahlian baru diluluskan bagi Amanah Kawasan Pengkalan Chepa.

“Insya-Allah, bulan ini kami akan serah 500 lagi borang keahlian baru,” ujar Hazmi lagi dipetik dari Facebook beliau hari ini.

Sejak tahun 2018, trend keanggotaan baru dalam AMANAH di Kelantan begitu menggalakkan. Kelantan merekrut ahli baharu berdaftar paling ramai menyertai AMANAH.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu pernah mendedahkan secara purata 2,000 ahli sebulan dicatatkan di Kelantan dengan penyertaan paling ramai dari bekas ahli Pas.

Dalam hal berkaitan, AMANAH Kawasan Pasir Mas diiktiraf mencipta rekod keahlian paling ramai semasa Konvensyen Nasional 2019 AMANAH pada 6 Disember lalu.

Jumlah ahli AMANAH Pasir Mas mencecah 3,083 orang.

Hazmi (kiri) ketika mesyuarat buat pertama kali selepas konvesyen negeri.