Kebajikan 12,000 pekerja Proton, 47,000 pekerja sokongan dijaga – MITI

Kebajikan 12,000 pekerja Proton, 47,000 pekerja sokongan dijaga – MITI

Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya dalam memastikan ekosistem industri automotif tempatan kekal berdaya tahan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya penting untuk menekankan kepentingan industri automotif di Malaysia sebagai industri strategik dalam sektor pembuatan.

“Sejajar dengan aspirasi yang digariskan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP), kerajaan komited untuk terus meningkatkan pembangunan sektor ini,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang dimuat naik dalam webnya semalam.

Menurut kementerian, kerajaan juga sedang mengkaji, dari semua aspek, permohonan yang dibuat oleh pengeluar kereta tempatan, Proton, untuk pinjaman mudah.

Katanya walaupun status Proton sebagai syarikat persendirian, pertimbangan yang penting dalam proses kajian semula adalah kebajikan 12,000 pekerja pengeluar kereta itu dan lebih 47,000 pekerja yang diambil oleh 350 pengeluar alat ganti dan komponen serta vendor sokongan dan berkaitan perkhidmatan syarikat itu.

“Permohonan Proton bagi bantuan kewangan daripada kerajaan akan dinilai dalam konteks matlamat negara yang lebih besar.

“Kedudukan syarikat sebagai antara projek kereta nasional akan diambil kira, begitu juga keperluan sebenar dan mendesak bagi Proton untuk melaksanakan yang mampan — walaupun sukar — pelan penstrukturan semula yang akan memastikan daya maju ekonominya dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

CATEGORIES