Kebajikan warga Titiwangsa mendapat rawatan diabai pemimpin Umno, dakwa Bersatu

Kebajikan warga Titiwangsa mendapat rawatan diabai pemimpin Umno, dakwa Bersatu

Kerajaan Umno -Barisan Nasional  (BN) disifatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  gagal mengurus kewangan negara dengan baik sehingga kesihatan rakyat berisiko, terutama sekali golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur  diabaikan.

Timbalan Pengerusi Biro Dasar Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, mendakwa, beliau menerima sepucuk salinan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan kepada Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah Titiwangsa, Kepong, Cheras, Putrajaya dan Lembah Pantai.

Surat itu dakwanya, menyatakan bahawa pemotongan bajet kesihatan oleh Umno menyebabkan pesakit kencing manis di kawasan-kawasan tersebut hanya boleh menjalani satu sahaja ujian HbA1c tahun ini.

“Sedangkan situasi yang ideal ialah jika mereka boleh mengambil 4 kali ujian HbA1c setahun.

“Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang terkini, hampir 1 daripada setiap 5 orang dewasa di Malaysia mengidap kencing manis.

“Ini adalah situasi membimbangkan dan pemantauan yang baik amat diperlukan. HbA1c ialah satu ujian untuk menentukan sama ada tahap kencing manis seorang pesakit terkawal.

“Yang paling ideal ialah ia dilakukan setiap 3 bulan, atau 4 kali setahun. Jika kencing manis tidak dipantau dengan baik, maka para pesakit mempunyai risiko kegagalan buah pinggang, serangan jantung, strok dan buta,” ujarnya.

Kata Wan Saiful lagi, di negara ini, Menteri Kewangan kita ada dua-dalam-satu, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan ahli parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tetapi kedua-dua mereka dakwanya, telah membiarkan bebanan hutang negara naik mendadak sehingga kebajikan rakyat biasa terabai.

“Ini termasuklah warga Titiwangsa sendiri, selain Kepong, Cheras, Putrajaya dan Lembah Pantai.

“Adakah mereka gagal mengurus kewangan negara kerana terlalu sibuk bersekongkol cuba menutup pelbagai skandal negara?

“Saya mendesak mereka menyenaraikan sepenuhnya semua perkhidmatan yang telah dipotong atau dibatalkan akibat kegagalan mereka mentadbir kewangan negara,” ujarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)