Kebakaran California babit kawasan 28,600 hektar, tiada rakyat Malaysia terlibat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kebakaran di California babitkan kawasan seluas 28,600 hektar.

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kebakaran hutan di selatan California, Amerika Syarikat sejak Isnin lepas yang kini merebak ke kawasan seluas 28,600 hektar, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kebakaran yang berlaku di Venture County itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 150 bangunan, manakala seramai 46,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau keadaan semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya, kata kenyataan itu yang dikeluarkan di ibu negara, semalam.

Pada Selasa, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti telah mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas.

CATEGORIES