
Kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Hujung yang mengorbankan 23 nyawa, 21 pelajar dan dua guru baru-baru ini patut menjadi pengajaran kepada semua.
Ia menunjukkan betapa walaupun niat kita baik untuk melatih pelajar menjadi penghafaz al Quran tetapi aspek keselamatan mereka ketika belajar perlu di titik beratkan.
Ekoran kebakaran yang bermula menjelang azan subuh itu, nama baik tahfiz tercemar.
Pelbagai pihak terus mengunjungi kawasan kebakaran dan Hospital Kuala Lumpur untuk melihat sendiri apa yang berlaku.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Malaysia Dateline, MOHD SHAFIK di hari kejadian itu 14 September lepas.







