Kebakaran Maahad Tahfiz: Dua dari tujuh remaja hadapi 23 tuduhan membunuh

Waris pelajar terkorban dan petugas media yang mengikuti perbicaraan.

Dua daripada tujuh suspek remaja yang ditahan berhubung dengan kebakaran di sebuah pusat tahfiz di ibu negara, masing-masing didakwa dengan 23 tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu juga didakwa mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tarikh sebutan akan datang bagi kes itu ditetapkan pada 28 Nov.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, lapor Malaysiakini.

Hartini Abdul Ghani ibu salah seorang pelajar tahfiz yang terkorban.

Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu maut apabila asrama yang terletak di tingkat tiga bangunan pusat tahfiz Ittifaqiyah terbakar pada kira-kira 5.15 pagi pada 14 September 2017 lalu.

Susulan kejadian tragik itu, polis menahan tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran itu dan semua mereka direman tujuh hari bermula 16 September 2017 lalu.

Di mahkamah berasingan, lima suspek lain didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya kerana dituduh menggunakan ganja dan syabu.

Dua daripada mereka mengaku bersalah manakala tiga yang lain mengaku tidak bersalah.

Keluar daripada kamar mahkamah selepas sebutan kes membabitkan dua remaja.

0.0
OVERALL SCORE
: 0.0
Have no any user vote