Kebakaran tangki peluwap di kilang penapisan Petronas Kerteh

Kebakaran tangki peluwap di kilang penapisan Petronas Kerteh

Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan sebuah tangki peluwap di loji penapisan Kerteh yang dikendalikan PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd, terbakar kira-kira 8 malam semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Pasukan Respons Kecemasan loji penapisan itu bertindak serta merta dan api dapat dipadamkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh kira-kira jam 10 malam.

Ia berkata, tiada kakitangan dilaporkan cedera dalam kebakaran itu dan masyarakat sekeliling tidak terjejas oleh kejadian itu.

Petronas Penapisan Terengganu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca kebakaran, katanya.

CATEGORIES