Malaysia Dateline

Kebangkitan China dan dunia yang saling bergantung

PHAR KIM BENG

1. Para pemerhati dan pengkaji kebangkitan China seharusnya mengambil kira beberapa faktor penting yang menentukan samada China kekal di puncak adikuasa dunia atau sebaliknya. Malah, persoalan ini sering diutarakan samada sudahkah China menguasai dunia oleh Kishore Mahbubani dan Ian Brenner, Presiden di Eurasia Group.

2. Tetapi peristiwa himpunan membantah rang undang-undang extradisi di Hong Kong telah menyukarkan China. Hal ini kerana negara-negara serata dunia menyatakan bantahan ke atasnya kerana tindakan Republik itu terhadap pembantah yang berhimpun menyatakan bantahan terhadap rang undang-undang extradisi tersebut. Ini sekaligus menyukarkan China untuk menjadi satu kuasa besar dunia yang dihormati.

3. Malah, China kini turut berhadapan dengan masalah perubahan iklim apabila Republik tersebut dilanda banjir besar yang menyulitkan rakyatnya.

4. Tambahan pula, Republik tersebut turut berhadapan dengan kemungkinan G4 jangkitan virus yang berpotensi untuk menjadi pandemik seterusnya.

5. Tambahan pula, Kedutaan China di Kazakhstan turut memberi amaran kemungkinan kemunculan wabak “pneumonia” yang kini sedang merebak di negara jiran Republik itu. Ini sekaligus memberi risiko kepada projek Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road Initiative) yang dipelopori China di Kazakhstan – yang merupakan negara strategik buat China – walaupun negara tersebut telah menafikan wabak itu sedang giat merebak.

6. Oleh itu, perkembangan ekonomi China menjadi tidak menentu. Ini ditambah dengan permasalah Coronavirus dan perubahan iklim, antara lain. Jika keadaan ini berterusan, China tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa ada sifat saling bergantung kepada dunia terutamanya soal ekonomi. Oleh itu, tindakan China terutamanya dalam mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, Kanada dan Australia hanya merugikan negara Republik itu sendiri. Ini dapat dilihat melalui undang-undang keselamatan nasional dimana jika terdapat individu mengkritik China, individu tersebut berdepan dengan tindakan undang-undang.

7. China turut mengambil pendekatan keras terhadap negara-negara yang dianggap Republik itu sebagai mengancam kebangkitannya di pentas antarabangsa. Australia sebagai contoh, telah menekan Republik itu berkaitan cara pengurusan wabak Coronavirus yang kini merebak ke seluruh dunia, dan sebagai tindak balas, rakyat Australia di China berdepan dengan kemungkinan untuk ditahan atas alasan mengancam keselamatan Republik tersebut.

8. Jika tren ini berterusan, hubungan China dan seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sekalipun akan terus dalam keadaan tegang hatta negara Uncle Sam menerima presiden baru pada November ini atau pada tahun 2024. Sesetengah pemerhati turut menyatakan bahawa dalam konteks hubungan kuasa besar China-Amerika Syarikat, ia seolah-olah sebuah “marathon” di mana kedua-dua negara besar sedang bersaing untuk menuju ke garisan penamat dan dinobatkan sebagai kuasa dunia paling dominan.

9. Tuntasnya, saranan Professor He Kai wajar diamati. Beliau berpandangan bahawa China kini perlu melakukan “refleksi diri” terutama dalam dasar luarnya kerana sebagaimana China memerlukan dunia dalam konteks saling bergantung, begitu juga dunia memerlukan China.

10. Tuntasnya, tidak mudah untuk menyatakan bahawa kebangkitan China di pentas antarabangsa sebagai “kebangkitan bersifat unilinear”. Walaubagaimanapun, ia mungkin dikategorikan sebagai “satu putaran” atau “cyclical”, sepertimana dinyatakan oleh Professor Wang Gung Wu yang berpusat di Institut Asia Timur, Singapura. Dalam erti kata lain, perjalanan China sebagai kuasa dominan utama di dunia masih jauh. Malah dengan kedatangan wabak pandemik seperti Coronavirus ini telah meletakkan negara-negara besar untuk berwaspada, bahawa ia memerlukan antara satu sama lain dalam menangani masalah dunia ini – seperti diakui sendiri oleh Wang Yi, Menteri Luar China.