Malaysia Dateline

Kebebasan akademik bukan lesen tabur fitnah

Datuk A Kadir Jasin hari ini membidas tulisan seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan (UKM) yang mengkritik keras kerajaan Pakatan Harapan kerana dakwanya menjual harta negara.

Wartawan veteran itu berkata, Abdul Muein Abadi yang membuat naik statusĀ  di laman facebooknya pada Selasa itu, sebagai hujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademi yang menabur fitnah.

“Tulisan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernama Abdul Muein Abadi yang mengkritik keras kerajaan Pakatan Harapan kerana kononnya jual harta negara.

“Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka.

“Kebebasan akademik tidak bererti lesen untuk menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan.

“Kalau ia pun kerajaan PH jual aset, ia adalah aset perniagaan yang memang boleh dijual beli.

“Tapi kerajaan mana paksa LTAT beli konsesi EAS bila projek pengawasan laju jalan raya itu tidak dapat dilaksanakan? Kerajaan BN. Sekarang kenapa salahkan PH kalau LTAT terpaksa jual harta?.

“Kenapa tidak sebut RM17 bilion yang kerajaan PH belanja untuk selamatkan Tabung Haji dan RM6.23 bilion untuk selamatkan Felda yang Najib dan kroninya jahanamkan?

“Kerajaan PH dan GLC terpaksa jual aset kerana Najib tinggalkan najis kewangan yang bertimbun kerana dia nak jadi raja dengan menggunakan duit. Malang bagi raja duit rakyat tolak dia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut A Kadir lagi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tinggalkan “tahi” lebih RM75 bilion melalui bermacam-macam skandal.

Beliau merujuk kepada skandal yang membabitkan bekas perdana menteri itu yang kini dalam siasatan dan dibicarakan di mahkamah seperti 1MDB, SRC International, Felda, FGV, Tabung Haji, LTAT, Sabah Multi-prodict pipelines dan banyak lagi.

“Hampir habis tanah kerajaan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Bila tidak lagi yang mampu beli, Bank Negara dipaksanya.

“Itu pun ada lagi Melayu Islam tok haji dan tok lebai yang angkat dia jadi bossku.

“Malah ada pensyarah dan profesor yang termakan dan terkena sihir politiknya,” ujarnya lagi.

Memetik status dimuat naik, Abdul Muein berkata, genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

katanya lagi, kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).