Kebebasan media digunakan untuk dedah isu rakyat, kata Faiz

Kebebasan media digunakan untuk dedah isu rakyat, kata Faiz
Faiz Fadzil (kanan) menyerahkan hamper kepada wakil pasukan Harian Metro yang mendapat tempat pertama pada pertandingan bowling diadakan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, kerajaan hari ini, menerima konsep kebebasan bersuara kepada semua pihak termasuk kebebasan media melapor.

Bagaimanapun beliau berkata, dengan kebebasan media, diharap pemberitaan dapat diperluaskan dengan mencari isu-isu rakyat untuk didedahkan.

“Cari isu-isu rakyat, kita (media) dedah dan mencari agensi berkaitan untuk memberikan respon bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program santai media bersama LKIM di salah sebuah pusat bowling di Seri Kembangan sempena meraikan bulan kemerdekaan malam tadi.

Antara petugas media yang turut serta dalam pertandingan bowling bersama  LKIM dan Nekmat. 

Tambah beliau lagi, LKIM mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kebajikan nelayan dan menguruskan bekalan ikan mencukupi di negara ini.

“Menguruskan industri perikanan ini cukup sukar. LKIM telah mengharungi selama 48 tahun menguruskan kebajikan nelayan dan memastikan bekalan ikan mencukupi.

“Jika ada orang bercakap pasal ‘hero Malaysia’ mereka kerap bercakap mengenai anggota tentera atau ahli sukan.

“Tetapi bila kita bercakap mengenai LKIM sudah pasti pegawai LKIM, adalah hero yang tidak didendang,”ujarnya.

Dalam program santai LKIM bersama media itu tempat ketiga dimenangi kumpulan media dari TV Al Hijrah tempat kedua RTM dan tempat pertama dimenangi Harian Metro, masing-masing membawa pulang hamper

Bagi   Raja dan Ratu  Longkang dimenangi oleh wartawan dan jurukamera dari Malaysia News TV.

Semua hamper  disampaikan oleh Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Sebanyak 30 orang petugas media daripada 6 syarikat penerbitan hadir dalam program mesra media yang julung kali diadakan LKIM di bawah Malaysia Baharu. Selain penyertai dari pengurusan tertinggi LKIM agensi dibawahnya Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) turut menghantar wakil.

LKIM turut menyediakan hadiah saguhati bagi  setiap individu. Team Malaysia Dateline (barisan belakang) Shaffawie Roslan, Dalia Ismail, Akmal Manaf dan  Wan Zahari Wan Salleh  manakala (barisan hadapan) Ameera Sabri, Siti Nur Shazwani Miscon dan Salmiah Harun.