Kebenaran adalah pahit, berbohong adalah dosa

Kebenaran adalah pahit, berbohong adalah dosa

Berkatalah yang benar walau pahit. Kebenaran tetap diterapkan walau ada celaan dan ada yang tidak suka.

Inilah prinsip yang diajarkan dalam Islam oleh Nabi s.aw. kita.

Kebanyakan kita yang berniat jujur dan ikhlas demi pembangunan kesejahteraan organisasi pulak yang dilabelkan sebagai ‘pengacau dan perosak’ kepada sistem yang mereka sendiri ajukan dan warwarkan.

Ini di tambah dengan sokongan dari mereka yang munafik atau hipokrit yang kebanyakannya adalah ‘pembantu rasmi’ yang juga ‘pembodek dan penjilat’.

Kebanyakan organisasi dan individu tidak akan menerima pendedahan perlakuan tidak baik atau salah laku pemimpin atau ketua jabatan yang disyaki dan berkemungkinan besar terlibat dengan aktiviti yang salah.

Bertambah buruk lagi adalah, walaupun mereka yang didapati bersalah, namun ‘mereka’ tetap di bersihkan atau di tutup kesalahan dan mereka yang membuat aduan pula yang diambil tindakan dengan alasan tidak menghormat tatacara dan proses membuat aduan.

Harapan terhadap penyiasatan untuk mengetahui kebenaran hanyalah ‘wayang kulit’.

Tidak perlu kita membuat apa-apa perbandingan samada kita harus dibenarkan untuk mendedahkan kesalahan terutama pemimpin atau ketua Jabatan.

Tidak perlu kita mengajar atau membimbing anak-anak di sekolah tentang amanah atau integriti, kerana mereka yang menerajui arah jalan yang perlu dilalui adalah mereka sendiri yang tidak betul.

Cadangan dan usul dari mereka yang berkuasa seolah ‘tong kosong’. Pendedahan yang cuba disampaikan menjadi perangkap kepada si pemberi maklumat.

Sungguh pun segala bukti telah diserahkan, rakaman dan dokumen diserahkan , yang ternyata sahih dan benar; pengadu pulak yang menerima akibat dan tindakan.

Pemberi maklumat yang sepatutnya mendapat sokongan, bukan pendakwaan.

Kita dapat melihat betapa nipisnya kejujuran di merata tempat ditunjukkan dan ini telah membawa kepada persekitaran yang sinikal , penuh keraguan, lemah semangat dan berputus asa.

Kita memerlukan pemimpin yang benar hebat untuk mempergiatkan usaha kearah kebaikan dan kejujuran.

Mengambil satu petikan nasihat berbunyi, “sesuatu urusan adalah merupakan refleksi kepimpinan. Seekor ikan tidak mereput dari ekornya, dan sebuah institusi tidak berjaya atau gagal dari peringkat bawahan”.

Jika ingin membina kejayaan dalam institusi kita, anda mesti memberi inspirasi kepada kepercayaan. Tidak mengatakan kebenaran adalah punca masalah yang paling banyak di persekitaran kerja anda. Kebenaran adalah asas. Dan ia bermula dengan bersikap jujur dengan diri anda sendiri.

Kita tidak boleh bersikap talam dua muka; kita mesti menentukan apa yang baik dengan mengetahui dan menyerlahkan kebenaran. Hanya kebenaran yang akan membebaskan kita.

Apa yang sering berlaku dan ditunjukkan oleh mereka yang mengetuai kepimpinan adalah:

Sering menafikan kesilapan dan kesalahan mereka. Mereka sering menafikan mereka yang bertanggungjawab dan menolak permasalahan kepada orang lain.

Tidak kurang juga akan mempergunakan orang lain untuk membersihkan dan menyiapkan tugasan dan lebih teruk adalah akan memberi sebanyak alasan untuk mengatakan mereka adalah tetap benar.

Mereka sering tidak mengatakan kebenaran kerana takut menunjukkan bahawa mereka juga melakukan kesilapan.

Mereka merasakan jika mereka kelihatan lemah, mereka terpaksa kelihatan dan perlu berpura-pura menjadi kuat.

Dan jelas, ini adalah satu pembohongan dan berbohong adalah satu ‘dosa’.

Anda terlupa bahawa tiada siapa yang akan mengikut anda kecuali mereka tahu siapa anda sebenarnya.

Peraturan yang berlebihan, dasar dan prosedur membiayai kesangsian dalam organisasi.

Sebutan terkini yang sering disebut seperti ugutan adalah mengenai ‘prosedur piawaian’ atau Standards of Procedures.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa anda tidak mempercayai kakitangan anda .

Peraturan yang berlebihan mengajar pekerja anda untuk memainkan permainan betapa sedikit kerja yang mereka boleh lakukan dan lari dengannya.

Anda tidak mempercayai mereka, jadi mengapa mereka perlu bekerja keras dan mereka juga sedang menunggu masa untuk ‘memulang paku buah keras’.

Ambil sedikit masa untuk melihat dengan teliti tingkah laku anda sendiri dan menentukan berapa banyak yang keburukan yang telah anda lakukan. Tentu anda tidak sanggup menyatakan, bukan?

Tidak ada bohong sunat, begitu juga jika cubaan anda untuk memutar belit, berlagak bijaksana, bertindak realistik, atau hanya memberitahu mereka apa yang perlu mereka ketahui.

Para pemimpin yang menginspirasi jiwa orang lain tidak akan menegak benang yang basah.

Pemimpin hebat tahu bersikap amanah akan lebih mudah hilang daripada membina semula.

Pemimpin tulen akan membina hubungan yang hebat berdasarkan kejujuran, yang seterusnya membina organisasi yang diilhamkan.

*Penulis adalah pendidik senior di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.