Malaysia Dateline

Kebenaran rentas negeri akan diumum serentak seluruh negara

Tidak lama lagi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri akan mengumumkan kebenaran rentas negeri

Kebenaran rentas negeri ini akan diumumkan serentak tidak lama lagi memandangan kebanyakkan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi dewasa 80 peratus.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di mana kebenaran itu akan berkuat kuasa secara serantak di seluruh negara.

“Kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus di samping purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata ddemikianketika menghadiri majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini.

Tidak dinafikan rakyat negara ini sedang mengunggu kebenaran rentas negeri yang akan dibuka tidak lama lagi apabila vaksinasi negara sudah mencapai 90 peratus.