Isu perkahwinan poligami nampaknya masih belum reda apabila topik tersebut tetap menjadi bualan hangat rakyat Malaysia di media sosial.
Hal ini kerana masih ramai yang tidak berpuas hati dengan kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof.
Perasaan simpati yang membuak-buak kepada isteri pertama pengarah sensasi itu membuatkan orang ramai seperti hilang pertimbangan.
Pelbagai kata hinaan dan caci maki yang berada di dalam kamus dikeluarkan bagi meluahkan amarah terhadap isteri kedua iaitu Ira Kazar.

Perkara ini diutarakan oleh penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin menerusi akaun Instagramnya yang khuatir akan akibat yang bakal ditanggung oleh mereka yang keterlaluan.
Nora menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam melemparkan kata-kata negatif kerana dikhuatiri akan berbalik kepada diri sendiri kelak.
Menurutnya, kita tidak pernah tahu latar belakang keluarga kita dan tidak mustahil mereka yang lantang menghina sebenarnya hasil dari perkawinan poligami.
“Hati-hati, ketika kita seronok mengata, menghina dan melabel orang lain kerana takut kita juga adalah produk hasil daripada perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dahulu lagi.” katanya.
Tambahnya, amarah itu adalah sifat fitrah manusia namun sanggupkah kita sekiranya ahli keluarga kita menerima nasib yang sama.
“Sanggupkah kita menghina ibu, mentua atau nenek moyang kita dengan panggilan penyondol, perampas dan sebagainya?,” soal Nora yang juga merupakan isteri kedua.
Rata-rata pengikut Nora bersetuju dengan pendapatnya yang menganggap setiap perkara yang terjadi adalah ketentuan yang maha Esa.
Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan sahabat arwah suaminya, Rushdi Ramli yang merupakan seorang pensyarah.
Baca juga: Anak mohon bantuan baitulmal, ibu pula ‘demand’ nak 50 peratus