Malaysia Dateline

Kecewa tiada pembangunan MP Lahad Datu umum keluar Warisan

Kecewa melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan di kawasannya Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama Mohamaddin Ketapi umum keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah lebih setahun berada bersama pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu.

“Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata, pengumuman ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat.

Pada PRU14 lalu Mohammaddin bertanding atas tiket Warisan dan menang kerusi parlimen Lahad Datu dan DUN Segama.

Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu kini tinggal 19 kerusi.