Kecoh dakwaan Sanusi kahwin satu lagi, ini jawapan tuan badan – “Mana tahu ada..”

Oleh WAN SITI AMINAH

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyangkal dakwaan dirinya menikah lagi seperti yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Sanusi bagaimanapun dalam nada berseloroh tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan mana-mana wanita terutamanya yang berasal dari Kedah.

Namun buat masa ini, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu difahamkan belum lagi memiliki keinginan berbuat sedemikian, lapor Sinar Harian.

“Belum lagi (berkahwin lagi). (Tetapi) Manalah tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh apa salahnya, orang Sik ka.. orang Alor Setar ka,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, tular di media sosial satu dakwaan yang mengatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu telah berkahwin lain dengan seorang wanita secara senyap.

Sanusi kemudian memuat naik satu hantaran di laman Facebook mengenai saranan ‘mendirikan masjid’ pada bulan Syawal bersama kapsyen “Dok (berada di) Pahang”.

Hantaran yang dikongsi oleh Sanusi ini sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengguna media sosial mengenai status perkahwinan ahli politik tersebut.

Sekadar info, hukum menikah di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah RA. 

Baca juga: Dulu berlakon sampai menang Top 5 Anugerah Skrin, sekarang aktres muda ini hanya berniaga sate di tepi jalan