Malaysia Dateline

Kecoh isu ‘Datuk palsu’, individu dakwa gelaran Datuk dari istana sebenarnya tak perlukan kad

Baru-baru ini timbul dakwaan bahawa segelintir individu sebenarnya menggunakan pangkat ‘Datuk palsu’. Erti kata lain, gelaran datuk itu didakwa dibeli dan bukanlah pengiktirafan dari pihak istana. .

Suami kepada beberapa selebriti antara yang didakwa menggunakan gelaran Datuk palsu yang tidak mendapat pengiktirafan dalam sistem istiadat.

Antaranya ialah Fouziah Gous yang sebelum ini telah membidas tuduhan berkenaan dan memberitahu bahawa suaminya Datuk Zhafran Md. Yusof mempunyai watikah, kad dan surat hitam putih untuk gelaran Datuk itu.

Selain Fouziah Gous, nama suami Datin Paduka Eina Azman dan penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi turut terpalit dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang individu yang bernama Aliff Ahmad mempertikai kenyataan tersebut dan memberitahu bahawa orang yang membeli gelaran Datuk memang akan dapat kad gelaran, tetapi gelaran Datuk yang dikurnia istana sama sekali tidak memerlukan kad.

Individu tersebut berkata, dia sendiri telah bertanya kepada dua kenalannya yang mempunyai gelaran Datuk dibeli dengan gelaran Datuk dikurnia Istana.

“Datuk Pahang ada dapat kad ke? Aku bertanya kepada Dato Ori, Dato’ Haniff Borhan.

“Tok, ada dapat kad ke Dato Pahang? Dato’ Haniff reply, “Mana ada. Yang ada kad tu semua scam punya bro!”

“Aku tanya lagi seorang member yang beli Dato’ scam, “Oi Tok scam, Dato scam hang depa ada provide kad ka?” Dia jawab; “Ada. Awat? Hang nak tengok ka?”

“Aku balas; “Dak aih. Tokboi kata dia punya takda kad..”

“Dia jawab; “Tokboi punya, masuk Istiadat. Aku punya scam, kena guna kad la buat auta!” Begitulah kisahnya..,” tulis individu berkenaan.

Antara komen warganet

Baca juga: Tak pernah sebut pun lebih gembira jika Aafiyah jadi ahli politik – Siti harap blog ini bertanggungjawab

Baca juga: Harapan Johor ulang pendirian fokus persiapkan jentera musim banjir, bukan sibuk pilihan raya