Kecoh kena saman dengan anak Taib Mahmud, ini latar belakang Raghad Waleed yang ramai tak tahu

Oleh KIM SYAZIE

Tular mengenai isu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi.

Tuntutan saman anak ketiga kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud difahamkan berkait hal pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Latar belakang Toh Puan Raghad Kurdi

Menurut blog mukapetang, ni adalah latar belakang Toh Puan Raghad Kurdi, isteri Ketua Menteri Sarawak yang ramai tak tahu.

Dilahirkan di Damsyik, Toh Puan Raghad adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed dan Khayami Alkurdi.

Keluarganya berpindah ke Riyadh ketika Raghad masih muda. Malangnya, bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2003.

Menjejak salasilah keluarganya, moyang beliau merupakan seorang ‘Wari’ dari Orfa, Turkey.

Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Alkurdi apabila berpindah ke Syria.

Raghad memiliki latar belakang dalam rekaan dalaman, suka menyanyi, menari, memancing dan menyelam.

Kisah jodoh Raghad dan Taib Mahmud

Lima bulan lalu, Raghad telah bermimpi bahawa beliau berkahwin dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan dia telah dibawa naik kereta Rolls Royce.

Kebetulan juga, anak saudara Robert, Rasya, pernah berkongsi mimpi yang sama tetapi setahun yang lalu.

“Di dalam mimpi, Raghad meminta pertolongan Roberts untuk membantu Rasya. Roberts memberi Raghad sekeping nota dan pena untuk menulis permintaan beliau.

“Kemudian Raghad melihat bayangan Allahyarham ayahanda beliau tersenyum kepadanya,” ujar Taib Mahmud mengimbau kembali kenangan bersama isteri.

Baca juga: ‘Influencer’ maut lepas ikut senaman, diet ekstrim