Kecoh kertas undi palsu diedar di luar pusat undi

Kecoh kertas undi palsu diedar di luar pusat undi

Petugas Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini,  bertikam lidah dan membuat laporan polis berikutan terdapat kertas undi palsu diedarkan di luar kawasan pusat pengundian di Parlimen Port Dickson.

Menurut saksi kejadian yang juga seorang petugas BN Subash Chandrabose Arumugam Pillai mendakwa, seorang lelaki India telah memperdaya anak seorang petugas BN berusia 16 tahun yang berada di situ untuk memegang sejumlah kertas undi palsu yang telah dipangkah dalam kotak BN.

Sebaik gadis tersebut memegang kertas undi haram itu, sekumpulan jentera PKR pula menyerbu gadis itu dan menuduhnya mengedarkan kertas undi palsu di hadapan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Bagaimanapun lelaki yang mengedar kertas undi palsu itu berjaya diberkas oleh pooling agen kerana cuba melakukan perkara yang sama.

Lelaki itu mengaku disuruh memakai baju BN dan memberikan sejumah kertas undi kepada petugas BN.

Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Vs Mogan, calon PKR Datuk Danyal dan Mahfuz Roslan dari Pas.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

CATEGORIES